Musim ke-11 · Raya 2027

The Raya Collection

Tujuh perisa. Setiap satu dengan resepi sendiri, dibakar fresh dengan butter Westgold grass-fed. Edisi terhad untuk musim ini sahaja.

11Musim sejak 2017
7Perisa sahaja
14Hari sebelum launch, mula bakar
100%Butter Westgold grass-fed
Kisah kami

Kami tak bakar berbulan awal dan simpan dalam stor. Batch pertama keluar dua minggu sebelum launch, lepas tu kami top up ikut order yang masuk.

Satu perisa, satu resepi

Setiap biskut ada adunan sendiri, bukan satu doh asas yang ditukar topping je.

Dipilih bersama agent

Agent kami rasa dan undi line-up setiap musim sebelum ia sampai ke tangan anda.

Bahan premium

Butter Westgold grass-fed dari New Zealand dan bahan yang kami sendiri nak makan.

The Collection

Tujuh perisa, satu musim

Setiap balang dibakar ikut order. Bila satu batch habis, ia habis.

01

Anda order

Online di sini, atau melalui agent di kawasan anda.

02

Kami bakar

Order masuk ke batch seterusnya. Fresh, bukan stok lama.

03

Sampai ke rumah

Pos ke seluruh Malaysia, atau ambil sendiri dari agent.

Rangkaian agent

Ada agent dekat dengan anda

Pickup, COD atau pos — WhatsApp terus agent di kawasan anda. Agent kami ada di seluruh Malaysia.

Cari agent terdekat
Soalan lazim

Ada soalan?

Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami.

Bila order akan sampai?

Kami proses dalam 3–7 hari bekerja selepas bayar, sebab kami bakar ikut order. Lepas pos, Semenanjung biasanya 1–3 hari bekerja dan Sabah/Sarawak 3–7 hari bekerja.

Berapa lama biskut tahan?

Simpan di tempat sejuk dan kering, tutup balang rapat selepas buka. Tarikh terbaik dimakan ada di label setiap balang.

Boleh beli dari agent dekat rumah?

Boleh. Buka page Cari Agent, tekan Guna lokasi saya, dan WhatsApp agent paling dekat untuk pickup atau COD.

Ada order korporat atau pukal?

Ada. WhatsApp kami dengan jumlah balang dan tarikh anda perlukan, kami akan bagi sebut harga.

Boleh bayar guna apa?

FPX online banking, DuitNow QR, Touch 'n Go eWallet dan kad kredit/debit, melalui HitPay.

Kalau balang pecah masa sampai?

WhatsApp kami dalam 48 jam dengan gambar parcel dan balang. Kami akan ganti atau refund. Baca polisi penuh di page Polisi Kedai.

Tempahan

Tempah balang anda

Isi butiran, bayar dengan FPX, DuitNow, TNG atau kad. Kami hantar resit ke email anda.

Pilihan anda

    Belum ada balang dipilih. Lihat koleksi.

    Bayaran selamat melalui HitPay · FPX · DuitNow · TNG · Kad
    Dengan bayar, anda setuju dengan polisi kedai kami.

    WhatsApp